KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Program Kem Membaca 1 Malaysia telah berlangsung pada 31 Oktober hingga 4 November 2011. Objektif program ini adalah

  • Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan
  • Menggerakkan program galakan membaca
  • Memupuk minat membaca secara berterusan
  • Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan

Program dengan tema Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Assunta Satu, Puan Naimah binti Mohd Nasir. Di dalam program ini  satu aktiviti besar-besaran iaitu Program Read 2011 telah dijalankan dengan jayanya di Dewan SK Assunta Satu pada 2 November 2011. Seramai 82 orang murid tahun enam yang terlibat dalam program ini. Program dimulakan dengan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kurikulum SK Assunta Satu, Puan Zakiah bt Yusof dan seterusnya beliau memukul gong sebagai tanda program READ 2011 bermula. Beberapa orang guru turut sama mengambil bahagian dalam program ini. Murid-murid membaca buku yang mereka bawa sendiri dari rumah selama 33.5 minit dalam keadaan yang senyap dan terkawal. Acara dihentikan dengan paluan gong yang kedua daripada Penyelaras Pusat Sumber iaitu Puan Norfaizah bt Ab Hamid.

            Acara diteruskan lagi dengan bacaan sinopsis buku yang telah dibaca sebentar tadi daripada wakil murid dari setiap kelas dan soalan-soalan kuiz berkaitan dengan program membaca yang telah dikemukakan oleh Puan Rosilah Hj Kapeh dan Cik Rashidah bt Rashid. Tujuan aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji kefahaman murid mengenai buku yang dibaca serta menyuntik minda murid-murid terhadap isu-isu yang berkaitan dengan membaca. Diharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

5 thoughts on “KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s