Pemantauan Pertandingan PSS Daerah PPD Petaling Utama

Pada 3 Oktober 2013 lalu, pemantauan sempena pertandingan pusat sumber daerah Petaling Utama telah dijalankan di SK Assunta Satu. Seramai 4 orang pengadil telah datang untuk mengadili pusat sumber sekolah kita pada tahun ini. Semoga pada tahun ini pusat sumber kita akan beroleh satu lagi kejayaan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbiran sekolah, guru- guru, pibg, pengawas pusat sumber, murid-murid yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan menghadapi pertandingan.

Gambar-gambar semasa pemantauan

DSC_0046Pengawas Pusat Sumber, Leong Ka Hei menerangkan tentang sudut kitar semula kepada Puan Helena

DSC_0147

Puan Naimah, Puan Zakiah, Puan Norfaizah dan Puan Rosilah bergambar kenang-kenangan bersama para pengadil. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.

DSC_0067

Puan Norfaizah menunjukkan laman web pusat sumber kepada para pangadil

DSC_0088

DSC_0159 (1)

Murid-murid gembira membaca di sudut ilmu yang ceria

DSC_0031Nur Dania dan Erin menunjukkan risalah tentang Pusat Sumber SK Assunta Satu dan risalah NILAM

DSC_0109

Murid-murid membaca buku di pondok bacaan

DSC_0526Puan Rosilah bersiap sedia dengan fail pusat sumber

Advertisements