INFO ICT

TIPS PENJAGAAN LAPTOP

1. Penjagan asas – jangan makan-minum atau letak laptop dekat sumber-sumber air. Walaupun tiada kaitan tapi kalau tertumpah atas laptop nangis juga la nak repair balik.

2. Elakkan juga buat kerja atas lantai bukan apa takut terpijak laptop tu…kalau netbook lagi kecik lagi la tak perasan ada kat lantai.

3. Sebolehnya guna tempat yang rata untuk letak laptop bagi elakkan kemalangan.

4. Jangan letak atas tilamn atau bantal. Sebab tilam tu mungkin banyak habuk dan satu lagi bila laptop tenggelam dalam tilam tu boleh menghalang laluan udara menyebabkan laptop mudah panas.

5. Musuh laptop atau netbook adalah habuk. Elakkan dari tempat berhabuk dan kalau berhabuk selalu cuci dengan soft clothes yang khas tambah-tambah lagi kat screen tu.

6. Paling penting sekali elakkan laptop terjatuh, sebab komponen dia sensitif sangat.

7. Elakkan simpan laptop atau netbook dalam tempat panas macam kat dalam kereta. Satu lagi bahaya letak dalam kereta ni takut pencuri nampak. Kalau nak letak juga masa ada pemandu elakkan menonjol sangat laptop tu. Jangan la tunjuk beg tu ada brand laptop guna jer beg biasa supaya orang tak perasan ada laptop. Kalau terpaksa letak juga, cover sikit dengan kain.

8. Ambil berus gigi lama untuk cuci bahagian lubang udara, dan di port USB tu.

9. Jangan letakkan benda-benda berat atas laptop cam letak buku yang tebal atas tu. Takut screen tertekan dan rosak.

10. Beli cooling pad yang baik sikit dari plastik buatan China tu yang diberi free masa beli. Penggunaan laptop dalam masa yang panjang boleh memudaratkan komponen laptop.Cooling pad menolong mengurangkan tahap terutamanya jika guna lapotop untuk tengok movie.

11. Jangan lupa guna bag atau case kalau usung ke mana-mana sebab takut licin dari tangan

12. Kalau ada power protector lagi bagus boleh elakkan kematian mengejut.

Selain laptop sendiri, bateri juga perlu dijaga supaya bertahan lebih lama. Tips penjagaan bateri laptop dan netbook.

14. Pastikan bateri dicaj sehingga penuh untuk pertama kali guna.

15. Jangan kerap caj bateri yang masih belum habis. Kerap caj bateri menyebabkan bateri tak tahan lama dan tidak dapat simpan power dan Kalau nak guna eletrik buangkan bateri.

16. Kalau tak guna laptop atau notebook atau netbookk dalam tempoh yang panjang, buang bateri dari laptop.

17. Sekarang dah ada teknologi untuk mengesan laptop yang hilang, boleh beli alat tu mana tau sebab laptop la benda selalu hilang kalau ada kes pecah rumah atau kereta.

SELAMAT MENCUBA…

4 thoughts on “INFO ICT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s